27 Jun 2026 (Sabtu) | 8.30 Malam
Idea Live Arena, 3 Damansara, Petaling Jaya
Satu malam di mana kuasa rock dan metal Malaysia bersatu untuk menggegarkan arena.
Buat pertama kali dalam sejarah, dua kuasa besar — Cromok dan Barbarik — akan berkongsi pentas dalam sebuah konsert penuh yang sarat dengan riff berat, groove padu, dan melodi yang membelah jiwa. Ini bukan sekadar konsert.
Ini pertembungan dual legasi rock dan metal yang telah membentuk generasi.
Apa Yang Menjadikan Konsert BLACK ON WHITE “Wajib Hadir” Untuk Rockers dan Metalheads
• Sejarah tercipta: Cromok & Barbarik dalam satu pentas — gabungan yang peminat tak pernah sangka akan menjadi nyata.
• Tenaga dua legenda: Dari riff yang mengaum, hentakan yang menggoncang dada, hingga ke vibe yang hanya dua band ini boleh hasilkan.
• Karl × Jo Branko kembali menghentam: Selepas “Golok Kayu” dari Album Peluru Cokelat Barbarik, bersedia untuk single terbaru Cromok featuring Jo Branko — dipersembahkan secara LIVE
• Cromok juga akan mempersembahkan satu lagu baru: Saksikan lagu baru Cromok secara langsung, eksklusif untuk malam ini.
• Dibawakan oleh MyArteez: Platform fan club yang membawa artis dan peminat lebih dekat. Peminat boleh ikut perkembangan belakang pentas secara langsung, akses kandungan eksklusif, dan dapatkan merchandise rasmi melalui aplikasi MyArteez.
Ucapan Penghargaan
Terima kasih kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures atas sokongan berterusan Kerajaan terhadap pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Kreatif.
Ini malam untuk kita semua — metalheads, rockers, dan pengikut setia scene.
Tiket adalah terhad.
Rebut tempat anda dan jadi sebahagian daripada malam yang akan dikenang dalam sejarah rock dan metal Malaysia.
BLACK ON WHITE.
Satu pentas. Dua legasi.
Organiser: KARL Legacy
Terms & Conditions: Read all terms before purchase.
NOTIS PENTING
• Jualan tiket konsert ini menggunakan dua platform i.e. MyArteez dan Fantopia.
• Jualan tiket bagi CAT 1 , CAT 2 dan CAT 6 dijual di platform MyArteez manakala CAT 3, CAT 4 dan CAT 5 dijual di platform Fantopia.
• Notis pengesahan pembelian akan dikeluarkan oleh platform dimana anda membuat pembelian (di MyArteez atau Fantopia)
• Semua E-Ticket akan dihantar menerusi emel ke SEMUA pembeli tiket (dari Myarteez & Fantopia) menerusi sistem Fantopia.
• E-tiket akan hanya dihantar bermula dari 12 Jun 2026.
TERMS & CONDITIONS
1. Had umur minimum untuk masuk ialah 7 tahun dan ke atas. Semua pelanggan berumur 7 tahun ke atas mesti membeli tiket untuk masuk. Semua kanak-kanak di bawah umur 15 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa.
2. Harga adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan tidak termasuk yuran tempahan sebanyak RM8, komisen platform sebanyak 3% untuk setiap tiket dan caj pemprosesan sebanyak 3%.
3.Setiap tiket hanya sah untuk seorang sahaja.
4. Nama dan nombor ID pembeli mesti sepadan sepenuhnya dengan dokumen pengenalan diri (MyKad untuk warganegara Malaysia / Pasport untuk bukan warganegara). Salinan asal ID diperlukan untuk pengesahan semasa penebusan tiket. Tiada sebarang pertukaran atau pemindahan dibenarkan selepas pembelian dibuat.
5. Tiket dikeluarkan dengan kod QR unik yang hanya boleh digunakan sekali sahaja. Kod tersebut akan diimbas di pintu masuk acara. Jangan kongsi atau siarkan e-tiket anda bagi mengelakkan penyalahgunaan atau penduaan.
6. Tiket yang hilang, dicuri atau disalahgunakan, termasuk yang digunakan oleh orang lain, tidak akan diganti atau dikeluarkan semula, walaupun dengan bukti pembelian. Pemegang tiket bertanggungjawab terhadap keselamatan tiket acara mereka.
7. Tiket tidak boleh ditukar, dibatalkan, atau dikembalikan wang selepas pembelian dibuat.
8. Pemegang tiket bertanggungjawab untuk menyemak tiket mereka dan memastikan tarikh serta masa acara, termasuk sebarang perubahan atau penjadualan semula.
9. Sila ambil perhatian bahawa masa persembahan artis mungkin berubah tanpa sebarang notis awal.
10. Sekiranya berlaku pembatalan rasmi acara, bayaran balik tiket tidak akan termasuk yuran tempahan, yuran pemprosesan, yuran transaksi, dan sebarang caj perkhidmatan yang berkaitan.
11. Fotografi profesional, rakaman video, live streaming, dan/atau sebarang bentuk rakaman adalah dilarang sama sekali semasa persembahan. Pihak pengurusan berhak mengarahkan keluar sesiapa yang didapati melanggar syarat ini dan pembeli tiket tidak akan dibenarkan masuk semula ke dalam dewan.
12. Penganjur acara berhak untuk membatalkan, menjadual semula, atau menukar lokasi acara, termasuk susunan tempat duduk sedia ada, disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka dan mengikut garis panduan semasa.
13. Pihak pengurusan konsert dan kakitangan acara berhak menolak kemasukan atau mengeluarkan mana-mana individu dari lokasi acara sekiranya menunjukkan tingkah laku tidak sopan atau melanggar terma dan syarat tempat atau tiket.
14. Bagi memastikan keselamatan, perlindungan dan keselesaan semua pengunjung, pihak penganjur/penganjur bersama/tempat acara berhak, atas budi bicara yang munasabah, untuk melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas individu, pakaian, beg, dan semua barangan lain semasa masuk dan keluar; merampas sebarang barangan yang boleh menimbulkan bahaya atau gangguan kepada acara atau pengunjung lain, atau yang melanggar Terma ini; dan/atau menolak kemasukan.
15. Untuk maklumat lanjut mengenai barangan yang dilarang, sila rujuk panduan acara.
16. Sekiranya terdapat sebarang masalah pada hari acara, sila hubungi kakitangan kami atau kunjungi kaunter Box Office untuk mendapatkan bantuan.
17. Semua terma dan syarat tempahan tiket serta acara lain yang berkaitan akan terus berkuat kuasa pada setiap masa.